Khasiat Pokok Akar Dani


Tempah website / System Affiliate untuk Perniagaan Anda... klik sini

Info dan Khasiat Pokok Akar Dani

Pengenalan Pokok Akar Dani ialah penjalar Asia yang memiliki rumpun-rumpun bunga merah yang menarik. Ia boleh didapati di belukar atau hutan sekunder Filipina, India, dan Malaysia, serta juga di banyak kawasan yang lain di dunia, baik sebagai pokok hiasan yang ditanam mahupun sebagai pokok liar. Nama botaninya Quisqualis indica[1], dengan nama genusnya Quisqualis membawa pengertian

Khasiat Pokok Akar Dani

Dalam usaha mengumpul info khazanah herba di Malaysia, kami susun dan senaraikan pelbagai herba dan ulam yang terdapat di Malaysia. Moga ianya menjadi manafaat untuk semua. Amalan memakan ulam-ulaman segar oleh masyarakat kampung, menjadikan mereka hidup sihat sepanjang hayat. Moga ilmu dan khazanah ini tidak hilang di telan zaman.

Artikel kali ini membincangkan tentang Khasiat Pokok Akar Dani yang mana mempunyai pelbagai nama dan khasiat seperti , , , , , , .

Info tentang Khasiat Pokok Akar Dani ini kami masukkan dalam kategori : Ubat, Ulam

MKH
Vgrip
Kunyit putih
Vxgra Krim

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Pengenalan

Pokok Akar Dani ialah penjalar Asia yang memiliki rumpun-rumpun bunga merah yang menarik. Ia boleh didapati di belukar atau hutan sekunder Filipina, India, dan Malaysia, serta juga di banyak kawasan yang lain di dunia, baik sebagai pokok hiasan yang ditanam mahupun sebagai pokok liar. Nama botaninya Quisqualis indica[1], dengan nama genusnya Quisqualis membawa pengertian “Apakah itu?” dalam bahasa Latin.

Akar Dani ialah pokok yang boleh mencapai antara 2.5 meter hingga 8 meter tingginya. Daunnya berbentuk elips, dengan hujungnya akuminat dan pangkalnya bulat. Daun tersebut yang panjangnya 7-15 sentimeter tumbuh dalam susunan bertentangan. Bunganya wangi dan berbentuk tiub, dengan warnanya berbeza-beza dari putih ke merah muda hingga merah. Buahnya 30-35 milimeter panjangnya, dan rasanya seakan-akan buah badam apabila matang. Ia berbentuk elips dan memiliki lima sayap yang ketara. Buah pokok ini disebarkan melalui air. Poko ini juga dikenali sebagai pokok “Drunken Sailor”

khasiat akar dani 1

Khasiat

Pokok Akar Dani digunakan khususnya untuk dijadikan perubatan tradisional. Rebusan akar, biji atau buahnya boleh dipergunakan sebagai antihelmintik serta juga untuk mengurangkan cirit-birit. Rebusan buahnya juga boleh digunakan untuk merawat nefritis serta juga sebagai ubat kumur, manakala daunnya boleh digunakan untuk mengurangkan sakit yang diakibatkan oleh demam. Akarnya digunakan untuk merawat reumatisme (sengal-sengal tulang), manakala biji dari lenggainya digunakan untuk merawat cacing bulat dan cacing peniti kerana ia boleh meracuni parasit tersebut dan membunuhnya semasa di dalam saluran penghadaman.

Saya rasa tak ramai yang tahu pokok ni juga mempunyai nilai perubatan yang tinggi esp untuk merawat kecacingan(ascaris).Bahagian yang digunakan adalah biji buahnya (kernels). caranya bijinya hendaklah dimakan 2 jam selepas supper.

Dosage yang ditetapkan untuk orang dewasa 7 hingga 8 biji, untuk kanak2 12 higg 8 thn 6 hingg 7 biji, 8 hing 5 thn 4 hing 5 biji dan 3hing5 tahun 3hing4 biji. Buah ni menurut buku tu ada rasa macam rasa almond (saya tak pernah makan lagi), sebab tu kena hati2 sikit bila bagi pada kanak-kanak takut kalau dah sedap sangat diorang nak makan lebih pulak nanti overdose.

Kalau overdose ia boleh menyebabkan sedu (hiccup). dos yang sama boleh diulang selepas seminggu kalau perlu.satu lagi, daunnya juga boleh digunakan untuk mengubat sakit kepala. caranya mudah, ambik sehelai daun, tapal kat dahi atau pelipis, lepas tu letak kain untuk melekatkannya pada kedudukannya.

Bijinya yang telah dipanggang (roasted) ni juga boleh digunakan untuk mengubati cirit birit dan demam.

Boleh juga digunakan untuk merawat penyakit kulit seperi kurap dan panau dengan cara menghancurkan bijinya dalam minyak(apa2 minyak yang boleh dimakan) dan disapu pada bahagian bermasaalah. untuk sakit perut, ekstrak dari daunnya boleh disapu pada perut.

 

khasiat akar dani 3

Lagi info tentang herba :

  • akar dani (44)
  • pokok akar dani (36)
  • bunga akar dani (22)
  • khasiat akar dani (10)
  • khasiat pokok akar dani (9)
  • cara penjagaan pokok akar dani (6)
  • cara menanam pokok akar dani (5)
  • pokok bunga akar dani (4)
  • akar tunjang pipit (3)
  • khasiat daun dani (3)
  • herba akar dani (2)
  • khasiat pokok akar serutum (1)
  • khasiat pokok haluan akar (1)
  • KHASIAT TUMBUHAN ORIGANO (1)
  • penjagaan pokok akar dani (1)
  • penjual benih pokok akar dani (1)
  • pohon akar dani (1)
  • pokok akar d (1)
  • khasiat bunga dani (1)
  • khasiat bunga akar dani (1)
  • akar dani dalam pasu (1)
  • cara menjaga pokok akar dani (1)
  • cara merawat kecacingan (1)
  • cara sema pokok bunga dani (1)
  • cara tanam pokok akar dani dalam pasu (1)
  • cara tanam pokok inai dalam pasu (1)
  • daun dani (1)
  • hdking co pokok akar meribu (1)
  • kayu tunjang pipit (1)
  • kegunaan bunga dani (1)
  • kegunaan pokok akar dani (1)
  • tanam pokok akar dani (1)

Info Herba TERBARU...



Kapsul Kunyit PUTIH - Mencegah Penyakit

iklan-kunyit-putih
Powered by WordPress | Theme Designed by: r43dsofficiel | Thanks to welcell.com, hiproperty.info and f1-jeumobile.com